Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.Dzulkefly yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.
Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.
“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam dan sewajarnyalah ia dirotan,” kata Zulkifli.
Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya. Baginya walau makan babi sekali pun murid itu tidak perlu dirotan.
Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".
Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "lantaklah".
Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.
Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini. Padan muka eloknya elaun pun dipotong.
Dipetik dari PSSR
Tinggal zina dan seks bebas saja PAS belum pertahankan.
Nite club dan karoke dah dikeluarkan oleh PBT kerajaan PAS Kelantan. Jalan Hamzah Kota Baru adalah sarang pelacur terbuka.
adakah ini yang PAS perjuangkan? dimanakah landasan perjuangan agama islam yang sebenar yang PAS perjuangkan selama ini?
Adakah ini juga fatwa terbaru PAS?
No comments:
Post a Comment