Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali 'sepakat' mempertikaikan tentang Ketuanan Melayu. Respons yang diterima ada dua... satu, melompat macam beruk terpijak duri. Yang kedua, bersorak menyokong bagaikan balaci lapar diberi tiga puluh ringgit untuk hadir ke majlis bantah air SYABAS.
Sememangnya ada natijah yang besar tentang Ketuanan Melayu, terutama definisi KETUANAN itu sendiri. Ramai yang beranggapan bahawa KETUANAN bermaksud menjadi tuan. Ketuanan Melayu diberi tafsiran sebagai Melayu itu tuan, boleh bercekak pinggang atau pun hanya mengeluarkan perintah kepada golongan bukan Melayu-Bumiputera.
Sedangkan tafsiran sebenar KETUANAN itu adalah berlainan sama sekali seperti yang didogmakan. KETUANAN bermaksud KEDAULATAN. KEDAULATAN MELAYU di negara ini, termasuklah Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Institusi Raja-Raja Berperlembagaan, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara, Adat-istiadat Melayu sebagai adat-istiadat rasmi negara dan segala-gala yang berkaitan dengan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan kata lain, KETUANAN MELAYU tiada kaitan dengan Melayu menjadi tuan atau kaum lain yang bukan Bumiputera menjadi hamba sahaya seperti yang cuba didogmakan oleh Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin Ali.
Apa yang cuba dilakukan oleh 3A PKR itu, sebenarnya hanya cubaan untuk meraih undi serta pengaruh yang lebih besar dari kalangan kaum bukan Melayu-Bumiputera, malahan cuba memesongkan kefahaman Bumiputera Bukan Islam tentang KETUANAN MELAYU tanpa menjelaskan definisi Melayu itu sendiri, sama ada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam, sekalipun Perlembagaan mencatatkan bahawa Melayu itu beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat dan adat resam Melayu ataupun salah seorang ibu atau bapa berbangsa Melayu. Manakala dari sudut antropologi, Melayu bermaksud kelompok manusia yang bermastautin dan hidup di seluruh pulau-pulau Nusantara malahan menjangkau ke seluruh kepulauan di Pasifik dalam teras Melayu yang lebih besar.
PKR nampaknya semakin terdesak setelah ramai pemimpin-pemimpin PKR bukan Melayu terpelanting daripada perlumbaan mendapatkan kuasa dan jawatan di dalam parti berkenaan. Tidak ada cara lain kecuali mempertikaikan tentang KETUANAN MELAYU sebagai umpan mendapatkan undi dan pengaruh daripada bukan Melayu.
Apatah Artikel 152 dan Artikel 153 menjadi duri dalam daging kepada para pemimpin bukan Melayu semenjak zaman pra-merdeka sehinggalah kini. Dan kerana Artikel 152 dan Artikel 153 jugalah, tragedi berdarah 13 Mei 1969 tercetus.
Mencampakkan atau membakul sampahkan KETUANAN MELAYU bererti perlu mengusik dan mengubah Artikel 152 dan Artikel 153 sekalipun berdalih mengatakan mereka akan memelihara Perlembagaan Persekutuan. Kalau sudah KEDAULATAN Melayu yang dicatatkan dalam Perlembagaan hendak dibakul sampahkan, apa jaminan bahawa keseluruhan Artikel 152 dan Artikel 153 tidak akan dihapuskan?
Hanya untuk mendapatkan undi daripada kalangan bukan Melayu,azizah sanggup mengeluarkan kata2 bodoh kepada pengikut2 setia beliau yang bodoh dan dungu.....

No comments:
Post a Comment