Ayuh kita renungkan....
Di dalam pilihanraya 1990 dan sebelumnya, iaitu sejak golongan ulama menguasai PAS, mereka telah menggunakan ayat “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” sebagai dalil yang mengharamkan umat Islam mengundi calon wanita dari Barisan Nasional.
Ia menjadi isu besar di dalam PRU 1990, bila berlaku pertandingan di antara calon lelaki dari PAS menentang calon perempuan dari BN dalam perebutan kerusi DUN Selising di Pasir Puteh Kelantan.
Bagi memastikan calon mereka menang, PAS telah mengharamkan para pemilih mengundi calon perempuan BN bernama Cikgu Hajjah Wan Esah Binti Nik Hassan.
Dalil yang digunakan ialah ayat 34 Surah An Nisa’ yang ditafsirkan oleh mereka sebagai larangan Allah S.W.T kepada umat manusia dari mengangkat calon perempuan menjadi wakil rakyat. PAS juga telah menggunakan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berbunyi,
"Tidak akan beruntung suatu kaum yang mereka menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita”
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Sebelum 1990, PAS pernah meletakkan calon wanita di dalam PRU awal yang disertainya tetapi selepas golongan ulama’ menguasai parti itu, ia telah mengharamkan perletakan calon wanita berdasarkan apa yang mereka katakan sebagai larangan Allah S.W.T.
Namun begitu, bermula 2004 PAS kembali membenarkan calon wanita bertanding untuk PAS. Bagaimanapun perletakkan Normala Sudirman sebagai calon PAS di dalam PRK DUN Tenang memanaskan semula isu ini, terutama bila BN meletakan calon lelaki menentang calon wanita PAS itu.Pengakuan Naib Presiden PAS semalam dalam temubual dengan wartawan dari Berita Harian akhirnya membongkar apa yang berlaku secara dalaman di dalam Parti Islam SeMalaysia itu.
Calon PAS Normala Sudirman juga turut menimbulkan kontroversi bila enggan bersalam dengan lelaki cina yang ditemuinya di dalam kempen. Apabila ditanya oleh wartawan tentang insiden tersebut, Normala menyalahkan UMNO yang dianggap gagal menjelaskan tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam walau sudah memerintah Malaysia selama 53 tahun.
Jawapan yang berlandaskan akal yang cetek oleh Normala itu menimbulkan kemarahan banyak pihak. Sehingga ada sesetengah pihak mengugut untuk menyiarkan beberapa keping gambar beberapa pimpinan tertinggi PAS bersalaman dengan wanita bukan muhrim.
Ada juga yang bertanya sama ada PAS telah gagal menjelaskan tentang Islam kepada seorang bekas Naib Presiden PAS yang secara terbuka bersalam dengan Teresa Kok dari DAP di hadapan para jurufoto di lobi Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2007.
Pas telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -
Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan dalam tulisan ini "Hanya Pas, bukan UMNO perjuangkan Islam".
Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak.
Antara janji-janji pemimpin Pas dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.
Antara retorik paling selalu didendangkan adalah menghapuskan penjualan arak di 7-Eleven, hotel-hotel dan penutupan kilang arak di Shah Alam.
Pada waktu yang sama dianjurkan juga pengasingan pendapatan dari unsur maksiat, iaitu cukai dari hasil perniagaan maksiat ini agar gaji penjawat awam diyakini bersih.
Termasuk dalam kategori maksiat adalah industri hiburan yang dipenuhi pergaulan bebas, muzik yang ditafsirkan sebagai haram dan pertunjukan oleh wanita, apa lagi wanita yang tidak menutup aurat.
Berbeza dengan Pas, UMNO mengambil pendekatan yang lebih liberal, iaitu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi dan mengawalnya dari penglibatan umat Islam melalui pendidikan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang termasuk undang-undang takzir seperti di negeri Pahang.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;
Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh Pas.
Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.
Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.
Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik.
Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.
Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial.
Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh Pas.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :
Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.
Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.
Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab.
Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.
Dalam corak pemerintahan negara Malaysia pada zaman ini, PAS mungkin boleh disamakan dengan Khawarij kerana pemimpin parti itu kerap menuduh pemerintah Malaysia berlaku zalim, menyeleweng, pecah amanah dan pelbagai lagi dalam ceramah, penerbitan mereka dalam bentuk buku, kaset dan dalam penerbitannya, Harakah.PAS sering menghasut Rakyat dengan pelbagai cara.
Pada setiap pilihan raya negeri atau Parlimen yang mana calon PAS menang, maka PAS menegaskan kemenangannya kerana rakyat menyokong PAS. Tetapi jika calonnya kalah, PAS tidak dapat menerima kekalahan itu sebagai tiada sokongan rakyat kepadanya.Dan menyalahkan SPR ,mereka juga sering mendakwa adanya pengundi hantu.Di sini siapa yang sebenarnya jadi hantu?
Itulah yang berlaku pada pilihanraya yang baru berlalu di Tenang,Merlimau,Kerdau dan yang terbaru di PRN Sarawak. PAS langsung tak dapat menerima takdir kekalahan mereka dan menyalahkan pelbagai pihak diatas tumbangnya calon Pakatan di kedua-dua tempat tersebut.
Kerap kali juga PAS memberikan sebab penyelewengan dalam pilihan raya dilakukan oleh Umno, Barisan Nasional dan agensi kerajaan yang lain, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya yang menyebabkan calon PAS kalah.
Tindakan Pas yang sering menyalahkan pemimpin kerajaan inilah yang membuatkan parti itu sama seperti Khawarij pada zaman dahulu.
Persamaan PAS dan Khawarij yang paling ketara ialah ketika PAS menyertai BN ketika di bawah kepemimpinan Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia dan Pas dipimpin Datuk Mohd Asri Muda. Nik Aziz ketika itu menjadi Ketua Dewan Ulama PAS.
Ketika itu, tiada langsung hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang Nik Aziz gunakan untuk menghalang PAS menyertai BN.
Jika Parti PAS hendak memperjuangkan Islam adalah lebih baik ia keluar dari kepompong politik.Dengan menggunakan pentas politik Islam akan dipandang remeh oleh mereka yang kurang faham tentang Islam.
Ini tidak baik untuk perkembangan Islam itu sendiri.Jika selama ini PAS di lihat lebih cenderong kepada politik dari untuk kepentingan Islam yang hanya menjadi tunggangannya saja semata untuk memancing undi.
Kes PAS menyertai BN pada awal 1970-an dan kemudian pemimpin PAS hari ini bermusuh dengan Umno dan BN tetapi berbaik dengan DAP dan PKR membuktikan sikap lidah bercabang PAS.
Apakah hukum atau dalil daripada hadis dan al-Quran yang PAS gunakan untuk menghalalkan parti itu bersama DAP dan PKR, tetapi tidak boleh bersama Umno dan BN? Ini satu lagi kemunafikan PAS yang cakap tak serupa bikin.Kemunafikan PAS juga dapat dilihat dalam isu Anwar Ibrahim.Mereka bukan saja membelitkan fakta malahan Nik Ajis pula mengeluarkan kenyataan yang begitu mengelirukan.
Tak salahlah jika dikatakan bahawa PAS itu amat menyerupai perangai puak Khawarij yang matlamatnya hanya mahu meruntuhkan pemerintahan Islam di dalam negara!.Puak PAS akan merasa senang dan bergembira bila dapat memecah belahkan orang-orang Melayu Islam dengan segala dakyah mereka.
Pemimpin-pemimpin PAS juga penuh dengan kemunafikan kerana sanggup membohongi rakyat dan masyarakat dalam menjalinkan hubungannya dengan DAP. Mereka sanggup menjilat kembali segala yang telah diludah kepada Barisan Nasional / UMNO asalkan segala cita-cita mereka tercapai.
Kita nilai kembali kata-kata Nik Ajis pada 24 Ogos 2001.. " Bukan saja dalam manifesto dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan negara Islam.Dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu".
Hari beliau berkata begitu esok beliau akan berkata begini bukankah ini munafik namanya.Apa yang dilakukannya hanya semata untuk mengelabui pengikutnya..ini adalah disebabkan penyokong2 PAS mudah lupa atau buat2 lupa ataupun buat2 pekak.Pada mereka segala kata-kata Nik Ajis merupakan fatwa yang tidak boleh disangkal oleh mana2 pehak. Namun sebenarnya mereka telah dibutakan dengan perawakkan Nik Ajis yang kononnya seorang ulamak hakikatnya Nik Ajis tidak lebih dari ular dalam semak.
Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah.Dalam soal mentaati pemerintah ini Nabi saw begitu menekan dalam hadisnya yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :
"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"
Ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah.
Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita.Bukannya kita mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya.
Begitu juga para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).(Cuba lihat dalam Iktiqad Aimmatu Ahlu hadis,P.50).
Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.
Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum
Jika benar PAS memperjuangkan Islam adalah lebih baik ia membubarkan saja agenda politiknya dan memberikan tumpuan 100% kepada memperjuangkan agama Islam untuk kesejahteraan umat Islam negara ini.
Dengan ini pemimpin-pemimpin PAS akan lebih dihormati dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Mungkin dengan cara ini Islam akan lebih dipandang mulia dan akan lebih maju dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
No comments:
Post a Comment