Ramai yang hairan melihat sikap Nik Aziz yang bermati-matian membelaAnwar. Yakin benar dia bahawa Anwar tidak bersalah dalam apa jua tuduhan ke atasnya. Walaupun setelah segala bukti dan saksi dikemukakan dan tidak mampu dipertikaikan oleh peguam Anwar sendiri, Nik Aziz tetap berdiri teguh di belakang Anwar sehinggakan dalam ceramahnya semalam sanggup dia menyatakan bahawa membela Anwar akan mendapat syurga, dan menentang kata-katanya pula akan mendapat neraka.
Bertambah hairan lagi kita kerana walaupun Nik Aziz mendakwa dirinya Ulamabesar sehingga melangkaui tahap Rasul dan Nabi yakni mampu mengampunkan dosa orang lain, Nik Aziz tidak pula menasihatkan Anwar agar ‘kembali’ kepada Allah apabila ‘teraniaya’ dengan sebegitu dahsyat. Tidak pula Nik Aziz menasihatkan Anwar agar berdoa di hadapan Kaabah. Tidak juga Nik Aziz merasa hairan kenapa Anwar sendiri tidak ingin menjejak kaki ke Mekah mahupun Madinah sedangkan sudah lebih 10 tahun dia mengelilingi dunia melobi dan mencari simpati hatta menyembah Yahudi juga bagi menyelesaikan masalah peribadinya.Dan Nik Aziz juga tidak pula tertanya-tanya, kenapa sembahyang hajat serta doa-doanya selama ini dengan tujuan untuk membela mahupun melaknat orang lain tidak pernah dimakbulkan sedangkan dia adalah Ulama yang sangat besar lagi tinggi darjatnya hatta mampu berkomunikasi dengan Allah S.W.T. jua? Dan kenapakah doa-doa Anwar iaitu orang yang teraniaya itu sendiri juga dibalas dengan bala demi bala ke atasnya sehinggakan aibnya juga dibuka seluas-luasnya ke seluruh dunia dan cakerawala?
Maka sahlah pada hari ini bahawa Nik Aziz sudah nyanyuk kalaupun tidak tersesat terlalu jauh.Malang sekali kerana dengan kedudukannya sebagai Mursyidul Am iaitu jawatan tertinggi di dalam PAS yang bertanggungjawab memimpin pengikut-pengikut dan menerajui hala tuju politik parti tersebut, Nik Aziz juga telah membawa keseluruhan jemaah PAS ke arah kesesatan.
Kerana itulah kita lihat perjuangan PAS hari ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membolehkan peliwat dan penzina menjadi pemimpin dan sanggup pula menjadi anjing suruhan kafir harbi yang saban hari berjuang untuk melemahkan dan menghancurkan umat Melayu.
Jika PAS tidak mengambil tindakan drastik seperti ‘membersarakan’ Nik Aziz, pemimpin dan pengikut PAS yang sedar dan takut akan Allah S.W.T. wajib keluar dari parti tersebut seberapa segera untuk mengelak dari terpalit akan kesesatan yang pasti membawa kehancuran ummah .
Renungkanlah, selagi mereka terus menyokong PAS, selagi itulah PAS akan memiliki kekuatan. Sedangkan kuatnya PAS bermakna jauh lebih kuatlah DAP. Kuat DAP pula bermakna semakin cepatlah umat Melayu hancur di negara sendiri dan besarlah kemungkinan peliwat dan penzina menjadi Perdana Menteri. Apa yang akan berlaku kemudiannya iaitu sama ada peliwat akan dihumban kembali ke penjara oleh DAP, belum dapat dipastikan.
Namun, apa yang pasti ialah jika masih ramaiyang tidakmelihat akan bahayanya Nik Aziz, akan musnahlah umat Melayu dan akan tergadailah Islam sebagai agama rasmi negara ini.Jika para pemimpin dan penyokong PAS tidak sanggup untuk keluar parti atas dasar ego atau benci yang keterlaluan terhadap saudara seagama di dalam UMNO, maka sekurang-kurangnya pecatlah Nik Aziz agar tidak terus tersesat jauh.
Sesungguhnya walau betapa benci pun PAS kepada UMNO, UMNO tetap akan berjuang untuk negara ini dan untuk saudara seagama dan sebangsa tanpa mengira parti. Ini adalah tanggungjawab yang tidak pernah UMNO abaikan. Buktinya boleh dilihat di sekeliling kita semua, asalkan saja orang-orang PAS tidak buta hati untuk mengakui nikmat yang ada di depan mata.

No comments:
Post a Comment