Persenda
Raja-Raja Melayu Satu Simbolik Menunjukkan Pertabalan YDPA Ke-14 Adalah
Pertabalan Terakhir Jika Pakatan Diberikan Kuasa
Cukup mendalam gambar Yang Dipertuan
Agong ke-14 yang dirakam semasa hari pertabalan Baginda Tuanku pada 11hb April
2012 di Balai Rong Sri.
Namun begitu, cakap-cakap dan
borak-borak beruk pakatan semasa istiadat itu sangat kurang ajar dan kisah ini
sampai hari ini menjadi bualan masyarakat.
Apakah ianya satu simbolik
daripada pakatan menunjukkan bahawa Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan
Agong berkenaan bakal menjadi sejarah Pertabalan Agong terakhir bilamana mereka
nanti diberikan mandat memerintah Malaysia ???
Rakyat Malaysia harus sedar
dan berfikir agenda mereka dalam menghapuskan segala yang berkaitan dengan
Melayu dan Islam.
Sedangkan institusi Raja-Raja
yang menjadi tunggak kepada Islam dan Melayu pun boleh mereka persendakan dan
perlekehkan jadi ianya tidak mustahil jika mereka ini diberikan kuasa.
Bencinya Pakatan kepada
institusi beraja di Malaysia nampaknya bukanlah satu perkara rahsia.
Perbincangan ini bukan
berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada
beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat
tersebut. Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan
pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).
Paling jelas tentulah
mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Perak bila kerajaan DAP
(bermenteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak
memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan
setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra
Barisan Nasional (BN).
Ditambah dengan tindakan
Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak
berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan
di Mahkamah.
Terbaru, portal AIDC
mendedahkan sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak
menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta.
Dilaporkan beberapa ahli
Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang
berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.
Semua ini mencetus persoalan,
adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang
unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil
alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang ?
Bertahan lagikan institusi
beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini ?Ketuanan
melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu
sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan
Rakyat.
Memang proses untuk menukar
kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk
dilakukan.Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah tidak
menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP.
Antara sebab kenapa Datuk Dr
Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja)
kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.
Usaha yang bakal dilakukan
begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan
Islam di negara ini.Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh
dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di
negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.
Antaranya tradisi bertakbir
dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji
sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.
DAP tidak akan bising kalau
tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi
akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir
dari rumah ke rumah.Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan
Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.Paling jijik tentulah
PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk
menyokong tindakan DAP itu.
Pakatan, terutama DAP tahu, selagi
orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selagi itulah sistem
beraja ini tidak akan dapat disentuh.Maka itu mereka mengambil pendirian
menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).
Malang dan sedihnya, masih ada
segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak
ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika
penubuhan republik itu menjadi kenyataan.
Kalau ikut cakap memanglah
semua akan nafikan tapi itu semua demi undi ! Kalau sebut terus terang
nanti, undi lari dengan sendiri.
Contoh DAP dan Malaysian
Malaysia. Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan
orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan
sokong perlembagaan persekutuan.Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata
(Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak
keistimewaan melayu ?
Justeru, WAJIB semua orang
Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan
NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi
beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik
DAULAT TUANKU....
No comments:
Post a Comment