Wednesday, June 6, 2012
Keamanan dan keharmonian negara bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan malah tidak wujud istilah peluang kedua untuk keamanan sesebuah negara. jika sekali keamanan negara hancur dan hilang, nescaya rakyat akan hidup dalam keadaan mundur dan porak-peranda."Menyedari hakikat ini, saya menyeru kepada sekalian rakyat supaya lebih berhati-hati dan berfikir secara lebih matang. Keamanan dan keharmonian bukanlah sesuatu yang boleh kita perjudikan. Maka, sebagai sebuah bangsa merdeka lagi bertamadun, salurkanlah apa jua kritikan malah bantahan sekali pun dengan cara berhemah dan berhikmah," "Menyedari hakikat ini, amat penting bagi kita memperkukuhkan jati diri serta semangat cintakan negara. Setelah lebih setengah abad mengecap nikmat merdeka, janganlah kita terpedaya dengan dakyah atau apa jua propaganda luar yang tidak lain dan tidak bukan, hanya mahu menguasai dan mengganggu-gugat negara kita."Penjajahan bentuk baru terhadap politik dan ekonomi Malaysia yang cuba dilakukan ini haruslah disekat dan ditentang bersama. Mahu tidak mahu, kedaulatan tanah air tercinta mestilah terus dipertahankan”"Namun, walau secantik mana strategi yang telah dirangka kerajaan, hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju tidak akan tercapai jika tidak disokong dengan persekitaran yang stabil dan harmoni."Demi masa depan Malaysia, unsur-unsur tidak sihat yang sedang menular dalam cara gaya rakyat Malaysia di semua aspek tidak kira politik, sistem nilai yang dipegang atau kehidupan seharian hendaklah sentiasa dibendung."Sebagai masyarakat yang cintakan negara, kita perlu bertindak rasional dengan meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi dalam apa jua situasi serta keadaan,Saya meminta rakyat supaya melihat kesan daripada pergeseran dan kekacauan yang timbul di beberapa negara luar akibat pemberontakan dan tunjuk perasaan yang tidak berkesudahan terutamanya pada aspek ekonomi yang menjadi gawat dan bermasalah.Saya turut mengingatkan supaya detik hitam dan peristiwa berdarah yang pernah menguji negara seperti darurat, pemberontakan Parti Komunis Malaya, era konfrantasi serta pergeseran kaum perlu dielakkan daripada berulang."Persoalannya, apakah rakyat mahu melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan kita sendiri? Ternyata jika itu berlaku, ikhtiar untuk memulihkan kembali keadaan akan mengambil masa yang sangat panjang."Sebab itu, janganlah sampai ia terjadi. Bak kata orang, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna lagi”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment